Monday 18 July 2011

Sinopsis Novel "Ekspedisi", Mohd.Ghazali Tocheh

Sinopsis
   Hadi merancang untuk menyertai suatu ekspedisi mendaki Gunung Itik tetapi hasratnya itu dihalang oleh Pak Salleh kerana memikirkan keadaan di dalam hutan yang berbahaya.Namun begitu,Hadi tetap menyertai ekspedisi tersebut bersama-sama dengan beberapa orang rakan sekolahnya tanpa pengetahuan bapanya. Ekspedisi tersebut diketuai oleh Cikgu Murad dan dibantu oleh Pak Musa sebagai penunjuk jalan. Semasa berekspedisi, pelbagai cabaran dan pengalaman yang ditempuhi mereka. Apabila sampai di lereng gunung, Hadi ternampak orang yang tidak dikenali berada di kawasan tersebut. Setelah mmendaki hingga ke puncak gunung, anggota ekspedisi terkejut kerana terdapat sebuah pondok di situ.
   Sekembali saja ke Kampung Dataran, mereka elah mmembuat laporan polis. Semasa Pak Salleh pergi berburu di hutan yang sama, dia telah mengesan kehadiran penjenayah-penjenayah terbabit lalu membuat laporan polis. Akibat laporan yang dibuat oleh Pak Salleh, Cikgu Murad ditangkap dan ditahan polis.
   Penahanan Cikgu Murad menggemparkan penduduk Kampung Dataran. Walau bagaimanapun, hasil penyiasatan polis telah mendapati bahawa Cikgu Murad tidak bersalah dan dia dibebaskan. Penjenayah sebenar yang mirip wajah Cikgu Murad berjaya diberkas. Pak Salleh dan Hadi diminta ke balai polis bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
   Penangkapan dan penahanan Cikgu Murad adalah suatu kekeliruan. Pak Salleh yang selama ini tidak menyukai dan selalu memburuk-burukkan Cikgu Murad telah meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan terhadap Cikgu Murad.

No comments:

Post a Comment