Monday 18 July 2011

Sinopsis Novel "Ekspedisi", Mohd.Ghazali Tocheh

Sinopsis
   Hadi merancang untuk menyertai suatu ekspedisi mendaki Gunung Itik tetapi hasratnya itu dihalang oleh Pak Salleh kerana memikirkan keadaan di dalam hutan yang berbahaya.Namun begitu,Hadi tetap menyertai ekspedisi tersebut bersama-sama dengan beberapa orang rakan sekolahnya tanpa pengetahuan bapanya. Ekspedisi tersebut diketuai oleh Cikgu Murad dan dibantu oleh Pak Musa sebagai penunjuk jalan. Semasa berekspedisi, pelbagai cabaran dan pengalaman yang ditempuhi mereka. Apabila sampai di lereng gunung, Hadi ternampak orang yang tidak dikenali berada di kawasan tersebut. Setelah mmendaki hingga ke puncak gunung, anggota ekspedisi terkejut kerana terdapat sebuah pondok di situ.
   Sekembali saja ke Kampung Dataran, mereka elah mmembuat laporan polis. Semasa Pak Salleh pergi berburu di hutan yang sama, dia telah mengesan kehadiran penjenayah-penjenayah terbabit lalu membuat laporan polis. Akibat laporan yang dibuat oleh Pak Salleh, Cikgu Murad ditangkap dan ditahan polis.
   Penahanan Cikgu Murad menggemparkan penduduk Kampung Dataran. Walau bagaimanapun, hasil penyiasatan polis telah mendapati bahawa Cikgu Murad tidak bersalah dan dia dibebaskan. Penjenayah sebenar yang mirip wajah Cikgu Murad berjaya diberkas. Pak Salleh dan Hadi diminta ke balai polis bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
   Penangkapan dan penahanan Cikgu Murad adalah suatu kekeliruan. Pak Salleh yang selama ini tidak menyukai dan selalu memburuk-burukkan Cikgu Murad telah meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan terhadap Cikgu Murad.

inilah diriku

Friday 1 July 2011

Pantun Merdeka

Ogos 27, 2009

PANTUN MERDEKA
MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.
BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.
RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.
HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.
REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.
CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Format Surat Rasmi

Secara ringkas,surat rasmi mestilah bermuat dengan perkara-perkara yang berikut:
(a) nama dan alamat pengirim- di sudut atas sebelah kiri surat
(b) Garis pembahagi- memisahkan alamat pengirim dengan alamat penerima
(c) Alamat penerima- di sudut atas sebelah kiri surat.Baris akhir perlu digarisi
(d) tarikh- sebelah kanan,sebaris dengan akhir alamat penerima;nama bulan di tulis dalam huruf besar;diberi
     nokhtah
(e) Tajuk/perkara- digarisi dan setiap kata dimulai dalam huruf besar
(f) Isi pertama- tidak diberi nombor
(g) Isi-isi lanjut- diberi nombor,bermula dengan nombor 2,3,dan seterusnya.setiap nombor diberi titik.Setiap
     isi dilangkau sebaris.
(h) Penutup- ucapan terima kasih dan makluman tentang surat
(i) Pengakuan pengirim- seperti Yang benar,Yang menjalankan tugas,dll
(j) Tandatangan pengirim
(k) Nama penuh pengirim-huruf besar keseluruhannya yang ditulis di dalam kurungan
(l) Jawatan pengirim
(d) Panggilan hormat-